Online Diary Beautiful life: 2014

Sunday, November 23, 2014

محبة

Asslamualaikum 
Alhamdulillah setelah sekian lama ana tidak bersua . Ehh
Apa yang dikongsikan hari ni perasaan rindu mula berputik. Ayat membastik .
Genap pada 21/11/2014 tamatlah sekolah dan pada 19/11/14 tamatlah semester 1 buat kami batch kesayangan kami Alfarouq . Alhamdulillah peperiksaan awam kami for the first sem berjalan dengan lancar . Kami mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku iatu semuanya tidak akan repeat.
Walaupun pada hakikatnya sebenar kami menimba ilmu ditempat orang tapi kami cuba untuk sesuaikan diri dalam masa setahun setengah ni. Adapun mereka yang memandang enteng kepada kami dan mempersoalkan kenapa kami ambil STPM kami hanya boleh jawab ini jalan kami yang kami pilih . Kami yakin pada diri kami, kami akan pecah record yang kami tak akan repeat. In Sya Allah . Dan ini adalah jihad kami untuk agama bangsa dan negara. Semoga Allah permudahkan urusan kami . Semoga kami cemerlang ! Doakan kami In sha Allah


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, September 17, 2014

ZON MENUTUP AURAT

Assalamua'alaikum readers ~ Annyeonghasaeyo!
lama tak jumpa rindu blog ana >< Bukannya apa, kebelakangan ni ana asyik sibuk dengan semua benda such as study, sekolah, family, examination, problems, mathematics, Additional Mathematics, assignment , presentations and so on. Even artis kpop yang comeback pun ana tak tahu. Kadang kadang drama korean yang baru pun satu episod pun belum tentu dapat tengok. ok ni baru pendahluan cerita kita . Tajuk yang akan dibincangkan dan dikemukakan adalah pasal aurat . 
Lelaki dan perempuan ada aurat masing masing . Aurat ni adalah anggota yang ajnabi ajnabi lain tak boleh lihat malah haram untuk dilihat sebelum tiba masanya. Lelaki tak boleh tengok aurat perempuan dan yang perempuan tak boleh tengok aurat lelaki . Faham?
Aurat lelaki dengan perempuan yang bukan mahram ialah antara pusat hingga lutut
dan yang perempuan pula dengan lelaki yang ajnabi adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan sahaja. 
Jadi, secara asasnya kita dah tahu kan yang mana aurat kita dengan ajnabi yang lain ? Kalau kita dah faham konsep ni in this case baju kita yang tak cukup kain yang singkat itu sudah dikira menutup aurat kah ? Jangan tanya orang, tepuk dada tanya iman. Ada satu tips menutup aurat yang dikongsikan di blog drcintapunyablog ;
1) Tanya pada diri kamu dulu ; "Allah redha tak aku pakai mcam ni ?"
first time ana baca pun tersentap woi, 

 Tak susah pun nak tutup aurat cuma nak atau tak nak tu atas kita .
Bukan nak tunjuk baik ke tak, tapi excited bila rasa betapa indahnya perubaha. Dulu , ana ni tudung pendek bukannya tudung labuh, pakai lengan pendek macam macam dosa yang ana buat. Tapi hari demi hari ana dapat petanda yang ana mesti berubah sebab Allah tak ubah seseorang itu kalau dia sendiri tak nak berubah. Jadi ana fikir kenapa perlu petunjk Allah supaya kita tutup aurat ? Sedangkan kita ada usaha, Allah telah pun berfirman sebelum kita ada. Hari demi hari ana cuba untuk berpakaian yang labuh sedikit dari yang biasa. Alhamdulillah sampai hari ini apa yang ana azam kan telah pun ana gapai ^^ Ana happy that is why ana excited nak bagi tahu. Indah tau takk :D
Oklah malas nak bebel panjang panjang tapi..

Jangan kau sangka LABUH tudungku tanda alimnya diriku
Aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan
Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi
Tetapi melindungi
Jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri 
Kerana Akhlak itu bunga diri

#Doakan saya final exam sem satu stpm bulan 11 ni -> 13/11 . My lovely subject Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian Am & Malaysian University English Test [MUET] 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, May 30, 2014

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD HAMIDIAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah kita bersua kembali untuk entri kali.Wahhhh cuti sekolah yang dinanti natikan oleh pelajar UPSR, PSRA, PMR, SPM dan tak lupa juga student Pra-Universiti (STPM) pelajarnya kayak seperti ana.
Jadi , ana sedikit nak share true story  dengan antum. Kisahnya pasal pengalaman ana bila ana rasa sendiri macam mana suasana STPM yang sebenar. Jujur ana katakan inilah adalah rezeki dan hikmah sebab ana tak dapat matrik dan upu. Mungkin sedih bagi ana pada waktu dulu. Tapi lepas ana redha yang ana akan mengambil stpm, semuanya berubah sekelip mata. Hati ana tekad yang ana akan amik stpm. Biarlah orang nak kata apa. Ini decision yang ana buat. Ana dah buat apa yang sepatutnya ana sebagai hamba buat bila ana buntu. Dan ana telah diberikan jalan keluar. YaAllah besarnya kuasa Engkau. Ana puas dengan keputusan ana. Ana bersyukur pada tanggal 7 Mei 2014 ana telah menjadi sebahagian daripada warga Maahad Hamidiah. Ana amik STPM dia SMKA Maahad Hamidiah. Ana disini beberapa minggu, hati ana terusik dan terisi. Batch ana kali ini diberi nama Al Farouk oleh senior upper six ana di Maahad. Kawan ana di sana baik baik, dan mudah mesra rakyat hahaha. 
Ramai budakbudak ana dari SAMTEN Hulu Langat, SAAS, KISAS,BANGI, dll. Kini kami bersatu menjadi warga Maahad. Dan kami akan menempuh stpm pada tahun depan . InsyaAllah . Doaakan warga Maahad Hamidiah berjaya dengan cemerlang di dunia dan diakhirat. Hahhh, waktu orientasi hari tuh , kami ada buat game dengan upper six. WOW I'm so happy. Game Masterchef paling mencabar . Paling best kumpulan ana (Al-Wahid) menang dapat number one :D Subhannallah hihihih dan kami akan bertanding dengan senior upper six kami. InsyaAllah.

p/s: Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMKTDH, saya rindukan cikgu saya. I love you !

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, April 20, 2014

calmness 평온

السلام عليكم
안녕하세요.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kita bertemu dalam new entry back !
hah, so first of all hajar nak cerita pasal adik kembar hajar.  kan mak hajar pernah ada jaga dua budak kecik kembar dari umur dorang 3 bulan sampai 4 tahun, tapi hajat tak kesampaian nak jaga dorang sampai masuk sekolah, tengok dorang pakai baju sekolah and so on atas sebab tertentu. Then, Allah hadiahkan adik kembar hajar yang serupa, sebijik macam kembar yang mak jaga dulu dan Allah gantikan yang itu untuk kami. Takdalah terasa kehilangan even sikit tu adalah. Baru baru ni kembar lama datang sini, katanya dorang rindu dekat ummi mak (mak hajar) rindu baby ummi mak, rindu ayah ,rindu kakak rindu abang huh sedih plus terharu ;') hari tuh jugaklah dapat jumpa dorang, bawa dorang pergi ronda ronda , lepak dekat rumah kami.
kepada ;
Muhammad Iqbal Wafiy 
Muhammad Iqbal Wafiq
Muhammad Asfa Husaini
Muhammad Aufa Husni
Jadilah anak-anak lelaki yang soleh yang beriman, baik budi pekerti sihat tubuh badan taat kepada ibu bapa jadilah lelaki hebat seperti Sultan Muhammad Al Fateh & Salahuddin Al 
Ayubi .Ingatlah dik bahawa semuanya bermula daripada kita sendiri. 

Mencari ketenangan/pyeong-on
stop stress
Kita dah lari daripada topik dah ni . Jadi in the second entry still working on and non stop because i want you guys read what I've publish and in the same time you should face of my broken broken english. what a shame.
untuk mencari ketenangan actually banyak sangat the way to solve your problem. 

http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=721.0
Just open the address and read . It's good to you know and do.
Guys, Allah's know everything & Make your Doa because Allah's there
be mindful of Allah He will guide you to all that His good
Praise be to Allah

p/s; take care of your health !

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, March 28, 2014

Officially 9 Months

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, kehidupan yang telah kau berikan kepada kami tersangatlah cukup bagi kami, Tambahan pula , kau telah menganugerahkan kepada kami dua putera sekali gus . Pada hari ini, pada saat ini dan pada detik ini serta pada tanggal ini ; 28/3/2014 genaplah mereka sembilan bulan. Hampir setahun kau beri peluang pada kami untuk memberi kasih sayang, didikan agama dan seluruh tenaga serta kudrat kami untuk menjaga mereka . Kembar yang lasak tidak terkata, aktif , dan selalu buat orang geram. Ya Allah , selama 18 tahun aku hidup di bumi yang dipinjamkan oleh Kau, inilah anugerah buat aku yang paling istimewa .Alhamdulillah(;
Happy sweet 9 months kembar ! Semoga menjadi anak soleh kepada mak & ayah, menjadi adik adik yang baik serta dengar cakap kakak-kakak dan abang awak ye ? . Paling penting semoga menjadi hamba yang taat kepada Allah, Rasul & Nabi kita Muhammad S.A.W
ingat kita adalah aset ibu bapa kita, ok dik ? ;*

Muhammad Asfa Husaini & Muhammad Aufa Husni

  


Walaupun pada hakikatnya kami tiada keturunan kembar, ini lah dikatakan rezeki masing masing . Alhamdulillah kami terpilih untuk keluarga kembar. Ini memang unique. :D so, I've got to pen off now. Do drop a birthday wishes & prayers to my little kembar when you're free.  Hahahaha nak ,buat, taknak it's okay . Semoga Allah merahmati kalian ! Aminnnn 

p/s : Muhammad Iqbal Wafiy & Muhammad Iqbal Wafiq , Walaupun adik jauh di mata , tapi dekat dengan hati akak. I'll never stop thinking of you. You're the first person that I love until for the rest of my life. You're still the first one. Miss you so much adik ;')

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, March 27, 2014

SPM RESULT

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'alaikum teman teman ~

"Alhamdulillah" . Itulah kata-kata pertama yang keluar daripada mulut aku selepas melihat keputusan spm aku (; Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia rezeki-Nya kepada aku waktu tu . Even tak cemerlang, tak capai target . Aku bagi tau terang terang. Hahaha Actually memang tak capai target. Aku dapat 3A sahaja. Kawan-kawan yang lain ada yang 4A, 5A dan paling tinggi 11A. memang aku akui sebenarnya aku ambil risiko, sebab aku bawa 11 subject antaranya Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah , Physics, Chemistry, Biology and Additional Mathematics. Memang susah ah cerita dia . Paling tinggi jumlah subject yg diambil pelajar 11 subject. 
Sedikit mengecewakan untuk aku sendiri sebab aku tak score dalam subject agama. Itulah paling mengecewakan . Tapi itulah hakikatnya, aku kena redha dan ikhlas pemergian A aku dalam subject agama. Hmmmmm :'( 
jadi, apa hala tuju aku lepas ni adalah aku nak sambung Diploma Syariah atau Dakwah atau Arab/Usuluddin/ Quran Sunnah. Memang aku 
nak sambung  itu. Takdalahh benda lain. Dan aku ada minta dekat UPSI Diploma Sains (Matematik) jadi cikgu sekolah rendah. hihihi comel je ~ Tapi ,  setakat ni aku ikut apa yang mak dan ayah aku cakap, dorang minta aku jadi ustazah. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan jadi ustazah. Doakan saya ehhh ? ~ (; Doakan hajar dapat sambung diploma syariah. Oh lupa , yang hajar A; Bm , Sejarah dan my lovely subject Mathematics :D
Gembira jugaklah sebab subject kesayangan dapat A~ Alhamdulillah. Btw, doakan kejayaan hajar dan kawan kawan . Oh ya, jap jap ada gambar untuk korang lepas kita orang amik result, kita orang keluar pergi makan hihihi celebrate lah katakan .

 Lain kelas semua ni . Gabungan kelas dari budak Aliran Sains Tulen Agama, budak 
Aliran Perakaunan dan budak Aliran Perdagangan 

dekat gambar ni paling tinggi 8A , yg pakai baju askar tuh.  hahaha

Jumpa nanti ! thank you for reading :*


#p/s: Pray for Egypt 529 . Pray for Ikhwanul mukminin & never forget #MH370 . And never stop remembering about them. Pity for their family because there's no grave for them. Al-Fatihah ;') Takziah kepada keluarga magsa

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, February 22, 2014

CHASE YOUR DREAMS

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mencapai apa yang aku impikan . Permudahkanlah segala urusanku ketika dijalanMu. Ya Rahman, tetapkanlah hati kami dijalanMu.
Dan janganlah kau pesongkan hati hati kami setelah kami mendapat hidayah dan petunjuk dariMu.
Dan tetapkanlah pendirian kami . Amiinn Ya Rabb



Impian atau dreams. What is this? Mereka tertanya,walaupun mreka semua sudah tahu.
Setiap orang mempunyai impian yang tersendiri. Impian untuk hidup bahagia, impian untuk nak berjaya, impian untuk jadi seseorang bidadari, impian masuk ke syurga dan sebagainya. Tapi, persoalan dia adakah kita bersedia untuk menghadapi liku liku kehidupan yang sebenar untuk mencapai apa yang kita impikan? Beranikah kita untuk menakluki impian yang kita impikan selama ini. USAHA. Itu salah satu kunci untuk mencapai impian kita, bukan sekadar berusaha tetapi berusaha lah dengan bersungguh-sungguh dan IKHLAS. Jangan merungut, sebab kau nak capai impian kau, jangan pernah kau merungut dan sentiasa bersabar. Sebenarnya , semua itu pahit. Tapi yang pahit itulah kebenarannya. Waktu kita nak capai kita punya impian, Allah uji kesabaran kita, waktu itu kita akan tahu berapa tahap ,celcius,temperature kesabaran kita untuk lalui semua itu. Bukan mudah untuk capai impian kita, tapi itulah hakikatnya untuk hidup bahagia. Tetapi jangan pula kita memikirkan hidup lebih bahagia didunia, tetapi fikir juga kehidupan kita di Akhirat kelak.

Impian itu mematangkan usia
Impian itu mematangkan kita
Impian itu sangat pahit
Impian itu bukan mudah seperti mengoyak 
sehelai kertas
Impian itu bakalmenjadi kenyataan jika kita
 berusaha
Percaya kepada impian kita, dan berusaha

Jangan mengeluh !

If you can dream it, you can do it



 p/s :  have a nice weekends peeps ! enjoy your time with your lovely family & never let them go ,  just believe in your dreams ! love you peeps 
            and important thing never forget Allah because He's the only one No other god but Allah (:

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, February 20, 2014

Jodoh dari Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamuaalaikum semua. Sekali lagi kita dipinjamkan nyawa dan kesihatan yang baik. Tak semudah itu kita bolehkan kepada Sang pencipta kita. Ini kisah seorang yang disakiti oleh seseorang yang dia suka dalam diam. Jangan risau wahai sahabat, tak semua lelaki itu perangainya sama dengan lelakinya yang mengenali diri kau wahai sahabat. Janganlah kau risau, kerana Allah menciptakan kita dengan berpasangan. Kadang kadang kita mungkin pernah menipu atau menafikan sekeras kerasnya yang kita tak minat sesiapa. Hahahaha it's too bad. Aku nak cerita pasarl someone yang aku dah lama juga minat lah hahaha . Aku minat dia since aku form two sampai umur aku searang dah 18 .  Apa apa pun kita kena ingat dan kena faham, jodoh itu datang dari Tuhan . Sebenarnya banyak jodoh yang datang, tapi apa yang kita nak mestilah jodoh dari Tuhan kan ? Kerana jodoh dari Tuhan yang MAha Pncipta itu boleh membawa sampai ke Jannah. For your information, jodoh itu rahsia Allah ;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah : 216).
3 jenis jodoh iaitu : 
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 7, 2014

Selamat Tahun Baru Hijrah (:

بسم الله الرحمن الرحيم


Syukur Alhamdulillah, kerana pada bulan ini pada hari ini dan pada saat ini kita masih lagi dipinjamkan nyawa oleh Sang Pencipta yang Menguasai Seluruh alam semesta. Alhamdulillah .
Jangan kita lupa mnegucapkan syukur alhmdulillah. Nyawa yang telah dipinjamkan haruslah kita menggunakan sebaik baiknya. Peluang hanya sekali . 
Assalamuaalaikum , kita berjumpa lagi di sini ;D
dah lama tak bukak blog . Actually cadang nak bukak after spm , tapi tak boleh. Bulan depan
March, result SPM akan keluar . Berdebar gila rasa hati . Terlampaulah takut. Doakan kami berjaya okay ? ^^  Oklah ~ malas nak update panjang panjang bukannya korang baca . Tunggu new entry ok babehh . Chawww ;B hasbiallah waniqmal waakil faniqmal maula waniqmannasir


p/s: someday, you will miss me


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen