Online Diary Beautiful life: February 2014

Saturday, February 22, 2014

CHASE YOUR DREAMS

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mencapai apa yang aku impikan . Permudahkanlah segala urusanku ketika dijalanMu. Ya Rahman, tetapkanlah hati kami dijalanMu.
Dan janganlah kau pesongkan hati hati kami setelah kami mendapat hidayah dan petunjuk dariMu.
Dan tetapkanlah pendirian kami . Amiinn Ya Rabb



Impian atau dreams. What is this? Mereka tertanya,walaupun mreka semua sudah tahu.
Setiap orang mempunyai impian yang tersendiri. Impian untuk hidup bahagia, impian untuk nak berjaya, impian untuk jadi seseorang bidadari, impian masuk ke syurga dan sebagainya. Tapi, persoalan dia adakah kita bersedia untuk menghadapi liku liku kehidupan yang sebenar untuk mencapai apa yang kita impikan? Beranikah kita untuk menakluki impian yang kita impikan selama ini. USAHA. Itu salah satu kunci untuk mencapai impian kita, bukan sekadar berusaha tetapi berusaha lah dengan bersungguh-sungguh dan IKHLAS. Jangan merungut, sebab kau nak capai impian kau, jangan pernah kau merungut dan sentiasa bersabar. Sebenarnya , semua itu pahit. Tapi yang pahit itulah kebenarannya. Waktu kita nak capai kita punya impian, Allah uji kesabaran kita, waktu itu kita akan tahu berapa tahap ,celcius,temperature kesabaran kita untuk lalui semua itu. Bukan mudah untuk capai impian kita, tapi itulah hakikatnya untuk hidup bahagia. Tetapi jangan pula kita memikirkan hidup lebih bahagia didunia, tetapi fikir juga kehidupan kita di Akhirat kelak.

Impian itu mematangkan usia
Impian itu mematangkan kita
Impian itu sangat pahit
Impian itu bukan mudah seperti mengoyak 
sehelai kertas
Impian itu bakalmenjadi kenyataan jika kita
 berusaha
Percaya kepada impian kita, dan berusaha

Jangan mengeluh !

If you can dream it, you can do it



 p/s :  have a nice weekends peeps ! enjoy your time with your lovely family & never let them go ,  just believe in your dreams ! love you peeps 
            and important thing never forget Allah because He's the only one No other god but Allah (:

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, February 20, 2014

Jodoh dari Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamuaalaikum semua. Sekali lagi kita dipinjamkan nyawa dan kesihatan yang baik. Tak semudah itu kita bolehkan kepada Sang pencipta kita. Ini kisah seorang yang disakiti oleh seseorang yang dia suka dalam diam. Jangan risau wahai sahabat, tak semua lelaki itu perangainya sama dengan lelakinya yang mengenali diri kau wahai sahabat. Janganlah kau risau, kerana Allah menciptakan kita dengan berpasangan. Kadang kadang kita mungkin pernah menipu atau menafikan sekeras kerasnya yang kita tak minat sesiapa. Hahahaha it's too bad. Aku nak cerita pasarl someone yang aku dah lama juga minat lah hahaha . Aku minat dia since aku form two sampai umur aku searang dah 18 .  Apa apa pun kita kena ingat dan kena faham, jodoh itu datang dari Tuhan . Sebenarnya banyak jodoh yang datang, tapi apa yang kita nak mestilah jodoh dari Tuhan kan ? Kerana jodoh dari Tuhan yang MAha Pncipta itu boleh membawa sampai ke Jannah. For your information, jodoh itu rahsia Allah ;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah : 216).
3 jenis jodoh iaitu : 
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 7, 2014

Selamat Tahun Baru Hijrah (:

بسم الله الرحمن الرحيم


Syukur Alhamdulillah, kerana pada bulan ini pada hari ini dan pada saat ini kita masih lagi dipinjamkan nyawa oleh Sang Pencipta yang Menguasai Seluruh alam semesta. Alhamdulillah .
Jangan kita lupa mnegucapkan syukur alhmdulillah. Nyawa yang telah dipinjamkan haruslah kita menggunakan sebaik baiknya. Peluang hanya sekali . 
Assalamuaalaikum , kita berjumpa lagi di sini ;D
dah lama tak bukak blog . Actually cadang nak bukak after spm , tapi tak boleh. Bulan depan
March, result SPM akan keluar . Berdebar gila rasa hati . Terlampaulah takut. Doakan kami berjaya okay ? ^^  Oklah ~ malas nak update panjang panjang bukannya korang baca . Tunggu new entry ok babehh . Chawww ;B hasbiallah waniqmal waakil faniqmal maula waniqmannasir


p/s: someday, you will miss me


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen