Online Diary Beautiful life: SPM RESULT

Thursday, March 27, 2014

SPM RESULT

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'alaikum teman teman ~

"Alhamdulillah" . Itulah kata-kata pertama yang keluar daripada mulut aku selepas melihat keputusan spm aku (; Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia rezeki-Nya kepada aku waktu tu . Even tak cemerlang, tak capai target . Aku bagi tau terang terang. Hahaha Actually memang tak capai target. Aku dapat 3A sahaja. Kawan-kawan yang lain ada yang 4A, 5A dan paling tinggi 11A. memang aku akui sebenarnya aku ambil risiko, sebab aku bawa 11 subject antaranya Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah , Physics, Chemistry, Biology and Additional Mathematics. Memang susah ah cerita dia . Paling tinggi jumlah subject yg diambil pelajar 11 subject. 
Sedikit mengecewakan untuk aku sendiri sebab aku tak score dalam subject agama. Itulah paling mengecewakan . Tapi itulah hakikatnya, aku kena redha dan ikhlas pemergian A aku dalam subject agama. Hmmmmm :'( 
jadi, apa hala tuju aku lepas ni adalah aku nak sambung Diploma Syariah atau Dakwah atau Arab/Usuluddin/ Quran Sunnah. Memang aku 
nak sambung  itu. Takdalahh benda lain. Dan aku ada minta dekat UPSI Diploma Sains (Matematik) jadi cikgu sekolah rendah. hihihi comel je ~ Tapi ,  setakat ni aku ikut apa yang mak dan ayah aku cakap, dorang minta aku jadi ustazah. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan jadi ustazah. Doakan saya ehhh ? ~ (; Doakan hajar dapat sambung diploma syariah. Oh lupa , yang hajar A; Bm , Sejarah dan my lovely subject Mathematics :D
Gembira jugaklah sebab subject kesayangan dapat A~ Alhamdulillah. Btw, doakan kejayaan hajar dan kawan kawan . Oh ya, jap jap ada gambar untuk korang lepas kita orang amik result, kita orang keluar pergi makan hihihi celebrate lah katakan .

 Lain kelas semua ni . Gabungan kelas dari budak Aliran Sains Tulen Agama, budak 
Aliran Perakaunan dan budak Aliran Perdagangan 

dekat gambar ni paling tinggi 8A , yg pakai baju askar tuh.  hahaha

Jumpa nanti ! thank you for reading :*


#p/s: Pray for Egypt 529 . Pray for Ikhwanul mukminin & never forget #MH370 . And never stop remembering about them. Pity for their family because there's no grave for them. Al-Fatihah ;') Takziah kepada keluarga magsa

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen